Wednesday 6 July 2011

pengalaman pertama mendaki gunung

inilah cerita pangalaman pertamaku mendaki gunung...kira-kira 16 tahun dahulu ketika aku masih bersekolah menengah aku dan kawan-kawan ku telah pergi ke gunung yang agak terkenal di negeri Pahang yang terletak di daerah Temerloh dan berhampiran kawasan Felda Jengka...Gunung ini dinamakan Gunung Senyum...Kebetulan pada masa itu pihak Majlis Perbandaran Temerloh sedang mengadakan Pesta Gunung Senyum...Aku dan kira-kira 6 orang kawan-kawanku bermotosikal sejauh 20km dari rumah ke tapak Pesta Gunung Senyum pada mulanya hanya ingin melihat permandangan Gunung Senyum dari dekat...namun setelah sampai kami pun mula memasuki satu persatu gua di dalam gunung tersebut...lama kelamaan tanpa kami sedari kami mula mendaki sedikit demi sedikit gunung tersebut dari kaki ke pertengahan dan akhirnya kami tiba ke puncak...kenangan ini tidak mungkin dapat aku lupakan kerana kami kesana hanya memakai seluar track dan berselipar sahaja...memang agak mencabar mendaki gunung yang berbatu kapur dengan hanya berselipar tetapi dengan kesungguhan kami berjaya naik sampai ke puncak dan menikmati permandangan tumbuhan gunung serta batu kapur yang amat menarik di atas puncak gunung itu...namun,pengalaman ini agak tidak bererti kerana pada masa itu kami tidak dapat merakam kenangan itu melalui kamera...

No comments: