Thursday 18 August 2011

ABSEILING




Pada tanggal 7 Ogos 2011(Ahad) kira-kira jam 10.30 pagi saya dan rakan2 sekali lagi telah diuji mental dan fizikal dengan satu aktiviti yang agak mencabar iaitu ABSEILING.Walaupun saya pernah melakukan aktiviti ini kira-kira 13 tahun yg lalu tetapi kali ini lebih mencabar kerana kita berada di bulan puasa.Sebelum melakukan aktiviti ini terlebih dahulu kami diberikan taklimat oleh En.Hisyam selaku pensyarah kami.Pelbagai alatan dan keperluan untuk abseiling diperkenalkan kepada kami dan ada antaranya memang aku tidak pernah kenali mahupun terlihat.Masa yang dinanti pun tiba, kami dibawa ke tingkat empat bangunan Falkulti Sains Sukan UiTM Shah Alam untuk melakukan 'lagak ngeri' untuk Filem Outdoor Recreation epjj 2011.Agak berdebar juga perasaan apabila melihat seorang demi seorang rakan aku melakukan aktiviti ini namun semuanya berjalan dengan lancar.Tiba giliran aku pula melakukan aktiviti ini walaupun berasa yakin namun perasaan gemuruh tetap ada kerana aku bimbang akan kekuatan tangan aku yang sememangnya aku sedari terdapat sedikit kelemahan.Alhamdulillah,selesai giliran aku melakukannya dengan sempurna atas tunjuk ajar En.Hisyam,En.Wafi dan En.Razif.Aku amat seronok dan terasa ingin mengulanginya sekali lagi namun masa agak terhad jadi aku pendamkan saja keinginan itu.Selesai semua rakan-rakan ku melakukan aktiviti ini kami pun bersurai untuk berehat dan semuanya kelihatan 'enjoy' serta tiada sebarang masalah dan kesulitan yang berlaku sepanjang aktiviti ini berlangsung.

LAGI GAMBAR-GAMBAR FINAL CAMP TASIK CHENDEROH 2011






Wednesday 17 August 2011

HARI KEEMPAT PERKHEMAHAN AKHIR EPJJ 2011





21 Julai 2011 (Khamis)

Hari terakhir perkhemahan, selepas solat subuh dan bersarapan, kami mula berkemas untuk pulang ke UiTM Shah Alam. Khemah peralatan, dapur dan penempatan dikemaskan bagi memastikan kawasan tapak berada didalam keadaan yang kemas, bersih dan teratur seperti sediakala. Akhir sekali khemah pusat dikemaskan dan segala peralatan keperluan disusun rapi. Kami berangkat pulang tepat jam 10.30 pagi. Semua peralatan yang digunakan siap dicuci dan disusun rapi selepas kami tiba di UiTM.
Keesokkan harinya 22 Julai 2011 (Jumaat) selepas bersarapan kami telah menyerahkan kembalik segala peralatan yang telah dipinjam dari pihak UiTM dengan selamatnya. Setelah itu satu post mortem telah dibuat bagi menilai perjalan program menepati seperti yang dirancangkan

HARI KETIGA PERKHEMAHAN AKHIR EPJJ 2011







20 Julai 2011 (Rabu )

Usai sarapan, kami semua bersiap sedia untuk memulakan Jungle Trecking. Kami memulakan perjalanan dengan melintasi lebuhraya sebelum sampai ke kaki bukit. Disini kami dapat belajar dan menimba ilmu ketika aktiviti ini. Semuanya memberikan kerjasama yang baik. Ekspedisi kami telah tercapai apabila sampai ke tempat yg dituju. Berehat dan menikmati pandangan yang sungguh menakjubkan dan menikmati kebesaran Allah. Kami turun sejam selepas itu. Sampai di Jeti masing-masing perlu berenang ke tapak perkhemahan dan sekali lagi kami perlu bekerjasama dan memastikan keselamatan antara satu sama lain. Berbagai ragam dapat dilihat walaupun ada yang perlu ditunda oleh orang lain, tetapi semuanya selamat sampai ke tapak perkhemahan dengan gembiranya walaupun penat.
Selepas makan malam dan solat, kami teruskan dengan managment games dan selepas itu sentri seperti biasa mengikut giliran secara berkumpulan.


HARI KEDUA PERKHEMAHAN AKHIR EPJJ 2011







19 Julai 2011 ( Selasa )

Hari Kedua, kami telah diarahkan untuk berkayak di sekitar tasik cenderoh dan selama 4 jam itu kami telah diajar cara-cara capesize ,rafting, formating – grops of movement serta rescue techniqie. Selepas makan tengahari dan solat zohor, En. Raziff mengajar kami mengenai orienteering dan navigation yang memerlukan kemahiran dalam membaca peta dan juga cara-cara mengendalikan kompas dengan betul.
Setelah itu, jam 4.30 petang En. Shariman dan kami telah bergerak ke Chek Point 4 untuk aktiviti survival iaitu ikhtiar hidup apabila berada di dalam hutan. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan dan diletakan dilokasi yang berbeza untuk aktiviti tersebut. Jam 7.30 pagi usai aktiviti survaival itu, kami diberikan serba sedikit penerangan mengenai kehidapujan oleh cik Fazilah dan moga apa yang diberkan dapat memberi manfaat kepada setiap individu.

HARI PERTAMA PERKHEMAHAN AKHIR EPJJ 2011









18 Julai 2011 (Isnin)

Tepat jam 8.00 pagi bas telah bertolak dari Fakuti Sukan & Rekreasi menuju ke Tapak Perkhemahan di Tasik Cenderoh, Lenggong, Perak dengan bilangan perserta seramai 12 orang pelajar e-pjj (9 lelaki dan 3 wanita). Kami tiba di destinasi pada jam 3.00 petang. Segala barang kelengkapan, peralatan dan beg kami telah diletakan kedalam kederaan dan kami diarahkan untuk berjalan kaki lebih kurang 200m sebelum sampai ke jeti. Kami menaiki bot untuk menyeberang tasik sebelum sampai ke kawasan tapak perkhemahan kami.
Taklimat telah diberikan oleh En. Hisyam Che Mat dan beliau dibantu oleh En. Mohd Raziff Muhammad Zulkifli dan Puan Azroyana Ullmahayu Mohd Rozin selaku fasilitator sebelum memulakan aktiviti pada petang itu. Aktiviti pertama ialah menyediakan khemah pusat, khemah dapur, khemah peralatan dan khemah penempatan.
Pada jam 5.00 petang aktiviti ’water confident’. Kami diajar cara-cara bagaimana untuk mengapungkan diri didalam air serta tentang keselamatan semasa didalam air. Selesai sesi water confident, kami telah diberi penerangan sedikit sebanyak mengenai kayak oleh En. Shariman Shafie.
Usai solat dan makan malam, jam 9.30 malam class knotting telah dikendalikan oleh En. Mohd Raziff Muhammad Zulkifli dan dibantu oleh Puan Azroyana Ullmahayu Mohd Rozin dan dipantau oleh pensyarah kami iaitu En. Hisyam Che Mat. Kami telah diajar mengenai beberapa ikatan serta kegunaannya. Setelah itu, lebih kurang 2 jam (11 – 12.55 mlm) kami telah diajar mengenai First Aid oleh En. Md. Khaizaini Ramli iaitu pensyarah dari UiTM Jengka.
3 kumpulan telah ditetapkan secara bergilir-gilir untuk membuat sentri mulai jam 1.00 pagi hingga 6.00 pagi

Thursday 11 August 2011

PERSIAPAN SEBELUM PERKHEMAHAN AKHIR EPJJ 2011


Salam....
Kat sini aku suka nak ceritakan persiapan aku untuk menghadiri perkhemahan tahunan pelajar epjj 2011 yang akan bermula pada 18 Julai.Sebenarnya aku sangat teruja dan bersemangat untuk menjalani aktiviti ini setelah diberitahu oleh pensyarah ku.Walaupun berbagai rintangan yang aku tempohi sebelum dapat menghadiri aktiviti ini namun alhamdullilah aku bejaya mengharungi semuanya.Aku agak kecewa pada mulanya kerana persiapan untuk ke kem ini amat perlahan dan seakan akan tidak berjaya.Aku sebagai Pengarah projek tidak banyak dapat membantu kerana mempunyai masalah kerja dan keluarga.Alhamdulillah aku mempunyai seorang Penolong yang sangat rajin serta rakan-rakan yang membantu menyelesaikan tugas masing-masing walaupun di saat-saat genting.Seminggu sebelum hari aktiviti di jadualkan banyak perkara yang aku kena fikirkan antaranya cuti,kewangan,keluarga dan banyak lagi.Aku telah menyemak baki cuti aku di pejabat....hanya berbaki 3 hari sedangkan aku memerlukan sekurangnya 5 hari untuk aktiviti ini.Setelah berbincang dengan ketua ditempat kerja aku mengambil keputusan mengambil cuti tanpa gaji selama 2 hari...jadi selesai satu masalah.Lagi 3 hari aktiviti akan diadakan satu lagi perkara tidak diingini berlaku...mak mertua aku pula jatuh semasa hendak ke bilik air akibatnya tulang pinggulnya patah...aku hampir berputus asa dan semangatku bagai direntap...hilang dan tidak ada langsung bayangan ke kem tersebut.Namun kali ini semangatku dipulihkan oleh orang tersayang iaitu isteriku sendiri...Beliau telah memberi harapan baru untuk aku meneruskan penglibatan aku dalam aktivi tersebut.Kini satu lagi masalah aku untuk mencari kelengkapan peribadi ke aktiviti tersebut.Oleh kerana sudah terlalu lama aku tidak mengikuti aktiviti seperti ini maka memang aku langsung tiada kelengkapan khusus untuk aktiviti ini jadi aku terpaksa membeli banyak kelengkapan dengan sumber kewangan yang tidak seberapa.Sekali lagi aku bertuah mempunyai seorang rakan dipejabat yang bersedia menghulurkan bantuan.Akhirnya...semua yang aku perlukan telah tersedia dan hanya menunggu hari yang dinanti sahaja