Thursday 18 August 2011

ABSEILING




Pada tanggal 7 Ogos 2011(Ahad) kira-kira jam 10.30 pagi saya dan rakan2 sekali lagi telah diuji mental dan fizikal dengan satu aktiviti yang agak mencabar iaitu ABSEILING.Walaupun saya pernah melakukan aktiviti ini kira-kira 13 tahun yg lalu tetapi kali ini lebih mencabar kerana kita berada di bulan puasa.Sebelum melakukan aktiviti ini terlebih dahulu kami diberikan taklimat oleh En.Hisyam selaku pensyarah kami.Pelbagai alatan dan keperluan untuk abseiling diperkenalkan kepada kami dan ada antaranya memang aku tidak pernah kenali mahupun terlihat.Masa yang dinanti pun tiba, kami dibawa ke tingkat empat bangunan Falkulti Sains Sukan UiTM Shah Alam untuk melakukan 'lagak ngeri' untuk Filem Outdoor Recreation epjj 2011.Agak berdebar juga perasaan apabila melihat seorang demi seorang rakan aku melakukan aktiviti ini namun semuanya berjalan dengan lancar.Tiba giliran aku pula melakukan aktiviti ini walaupun berasa yakin namun perasaan gemuruh tetap ada kerana aku bimbang akan kekuatan tangan aku yang sememangnya aku sedari terdapat sedikit kelemahan.Alhamdulillah,selesai giliran aku melakukannya dengan sempurna atas tunjuk ajar En.Hisyam,En.Wafi dan En.Razif.Aku amat seronok dan terasa ingin mengulanginya sekali lagi namun masa agak terhad jadi aku pendamkan saja keinginan itu.Selesai semua rakan-rakan ku melakukan aktiviti ini kami pun bersurai untuk berehat dan semuanya kelihatan 'enjoy' serta tiada sebarang masalah dan kesulitan yang berlaku sepanjang aktiviti ini berlangsung.

No comments: