Wednesday 17 August 2011

HARI PERTAMA PERKHEMAHAN AKHIR EPJJ 2011









18 Julai 2011 (Isnin)

Tepat jam 8.00 pagi bas telah bertolak dari Fakuti Sukan & Rekreasi menuju ke Tapak Perkhemahan di Tasik Cenderoh, Lenggong, Perak dengan bilangan perserta seramai 12 orang pelajar e-pjj (9 lelaki dan 3 wanita). Kami tiba di destinasi pada jam 3.00 petang. Segala barang kelengkapan, peralatan dan beg kami telah diletakan kedalam kederaan dan kami diarahkan untuk berjalan kaki lebih kurang 200m sebelum sampai ke jeti. Kami menaiki bot untuk menyeberang tasik sebelum sampai ke kawasan tapak perkhemahan kami.
Taklimat telah diberikan oleh En. Hisyam Che Mat dan beliau dibantu oleh En. Mohd Raziff Muhammad Zulkifli dan Puan Azroyana Ullmahayu Mohd Rozin selaku fasilitator sebelum memulakan aktiviti pada petang itu. Aktiviti pertama ialah menyediakan khemah pusat, khemah dapur, khemah peralatan dan khemah penempatan.
Pada jam 5.00 petang aktiviti ’water confident’. Kami diajar cara-cara bagaimana untuk mengapungkan diri didalam air serta tentang keselamatan semasa didalam air. Selesai sesi water confident, kami telah diberi penerangan sedikit sebanyak mengenai kayak oleh En. Shariman Shafie.
Usai solat dan makan malam, jam 9.30 malam class knotting telah dikendalikan oleh En. Mohd Raziff Muhammad Zulkifli dan dibantu oleh Puan Azroyana Ullmahayu Mohd Rozin dan dipantau oleh pensyarah kami iaitu En. Hisyam Che Mat. Kami telah diajar mengenai beberapa ikatan serta kegunaannya. Setelah itu, lebih kurang 2 jam (11 – 12.55 mlm) kami telah diajar mengenai First Aid oleh En. Md. Khaizaini Ramli iaitu pensyarah dari UiTM Jengka.
3 kumpulan telah ditetapkan secara bergilir-gilir untuk membuat sentri mulai jam 1.00 pagi hingga 6.00 pagi

1 comment:

hisyamchemat said...

cik la lagi belum puan