Thursday 11 August 2011

PERSIAPAN SEBELUM PERKHEMAHAN AKHIR EPJJ 2011


Salam....
Kat sini aku suka nak ceritakan persiapan aku untuk menghadiri perkhemahan tahunan pelajar epjj 2011 yang akan bermula pada 18 Julai.Sebenarnya aku sangat teruja dan bersemangat untuk menjalani aktiviti ini setelah diberitahu oleh pensyarah ku.Walaupun berbagai rintangan yang aku tempohi sebelum dapat menghadiri aktiviti ini namun alhamdullilah aku bejaya mengharungi semuanya.Aku agak kecewa pada mulanya kerana persiapan untuk ke kem ini amat perlahan dan seakan akan tidak berjaya.Aku sebagai Pengarah projek tidak banyak dapat membantu kerana mempunyai masalah kerja dan keluarga.Alhamdulillah aku mempunyai seorang Penolong yang sangat rajin serta rakan-rakan yang membantu menyelesaikan tugas masing-masing walaupun di saat-saat genting.Seminggu sebelum hari aktiviti di jadualkan banyak perkara yang aku kena fikirkan antaranya cuti,kewangan,keluarga dan banyak lagi.Aku telah menyemak baki cuti aku di pejabat....hanya berbaki 3 hari sedangkan aku memerlukan sekurangnya 5 hari untuk aktiviti ini.Setelah berbincang dengan ketua ditempat kerja aku mengambil keputusan mengambil cuti tanpa gaji selama 2 hari...jadi selesai satu masalah.Lagi 3 hari aktiviti akan diadakan satu lagi perkara tidak diingini berlaku...mak mertua aku pula jatuh semasa hendak ke bilik air akibatnya tulang pinggulnya patah...aku hampir berputus asa dan semangatku bagai direntap...hilang dan tidak ada langsung bayangan ke kem tersebut.Namun kali ini semangatku dipulihkan oleh orang tersayang iaitu isteriku sendiri...Beliau telah memberi harapan baru untuk aku meneruskan penglibatan aku dalam aktivi tersebut.Kini satu lagi masalah aku untuk mencari kelengkapan peribadi ke aktiviti tersebut.Oleh kerana sudah terlalu lama aku tidak mengikuti aktiviti seperti ini maka memang aku langsung tiada kelengkapan khusus untuk aktiviti ini jadi aku terpaksa membeli banyak kelengkapan dengan sumber kewangan yang tidak seberapa.Sekali lagi aku bertuah mempunyai seorang rakan dipejabat yang bersedia menghulurkan bantuan.Akhirnya...semua yang aku perlukan telah tersedia dan hanya menunggu hari yang dinanti sahaja

No comments: