Wednesday 17 August 2011

HARI KETIGA PERKHEMAHAN AKHIR EPJJ 2011







20 Julai 2011 (Rabu )

Usai sarapan, kami semua bersiap sedia untuk memulakan Jungle Trecking. Kami memulakan perjalanan dengan melintasi lebuhraya sebelum sampai ke kaki bukit. Disini kami dapat belajar dan menimba ilmu ketika aktiviti ini. Semuanya memberikan kerjasama yang baik. Ekspedisi kami telah tercapai apabila sampai ke tempat yg dituju. Berehat dan menikmati pandangan yang sungguh menakjubkan dan menikmati kebesaran Allah. Kami turun sejam selepas itu. Sampai di Jeti masing-masing perlu berenang ke tapak perkhemahan dan sekali lagi kami perlu bekerjasama dan memastikan keselamatan antara satu sama lain. Berbagai ragam dapat dilihat walaupun ada yang perlu ditunda oleh orang lain, tetapi semuanya selamat sampai ke tapak perkhemahan dengan gembiranya walaupun penat.
Selepas makan malam dan solat, kami teruskan dengan managment games dan selepas itu sentri seperti biasa mengikut giliran secara berkumpulan.


No comments: