Wednesday 17 August 2011

HARI KEEMPAT PERKHEMAHAN AKHIR EPJJ 2011





21 Julai 2011 (Khamis)

Hari terakhir perkhemahan, selepas solat subuh dan bersarapan, kami mula berkemas untuk pulang ke UiTM Shah Alam. Khemah peralatan, dapur dan penempatan dikemaskan bagi memastikan kawasan tapak berada didalam keadaan yang kemas, bersih dan teratur seperti sediakala. Akhir sekali khemah pusat dikemaskan dan segala peralatan keperluan disusun rapi. Kami berangkat pulang tepat jam 10.30 pagi. Semua peralatan yang digunakan siap dicuci dan disusun rapi selepas kami tiba di UiTM.
Keesokkan harinya 22 Julai 2011 (Jumaat) selepas bersarapan kami telah menyerahkan kembalik segala peralatan yang telah dipinjam dari pihak UiTM dengan selamatnya. Setelah itu satu post mortem telah dibuat bagi menilai perjalan program menepati seperti yang dirancangkan

No comments: